Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari
keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya
Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini
lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga
halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal;
ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq"
manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman
ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun
kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis
Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah
orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang
yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara
sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah
kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini
dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut
riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawaDajjal
itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau
danditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat
hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh
membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita
bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah
swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu
ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal
akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat
puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun
dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu
dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan
masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga
seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari)
adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi
kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw
menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar
yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah
saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya
sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka
masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor,
dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita
sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan
Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak
bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua
dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang
oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan
kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal
ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam
akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa
dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan
tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di
saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya
Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini!
Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi,
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn
Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka
akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada
diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu
wahaiRasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang
akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di
antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat
yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga
itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan
yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini
maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet
tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada
kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam
satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan
perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atauawan)
yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian,
Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah
Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan
juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa
yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.